- Apa yang membuatkan ZAZACORONA berbeza dari pembasmi kuman lain yang ada di pasaran?
ZAZACORONA mengandungi Benzalkonium chloride dan juga Glutaraldehyde merupakan pembasmi kuman yang biasanya digunakan untuk sanitasi (membersihkan) dan membasmi kuman bagi kemudahan penjagaan kesihatan. Kombinasi dari bahan aktif ini membuatkan ZAZACORONA mempunyai kedua-dua fungsi sebagai bactericidal dan virucidal, yang berkesan membunuh virus dan bakteria.
- Adakah ia selamat digunakan sebagai pembersih tangan?
Virucidal kami adalah pembasmi kuman pembersih pelbagai permukaan, ZAZACORONA tidak dimaksudkan untuk digunakan sebagai pembersih tangan.
- Adakah perlu saya memakai sarung tangan semasa mengendalikan pembasmi kuman ini?
Tidak perlu memakai sarung tangan ketika menggunakan kain yang disembur dengan ZAZACORONA ketika membasmi kuman di rumah atau pejabat anda.
Walau bagaimanapun, terdapat kes-kes yang jarang berlaku di mana individu sensitif terhadap bahan kimia tertentu. Jika anda mengalami ini, sebahagian daripada langkah berjaga-jaga biasa dalam menggunakan bahan kimia kegunaan rumah adalah dengan memakai sarung tangan dapur atau sarung tangan pembedahan jika ada.
Harap maklum bahawa penyemburan atau menggunakan pembasmi kuman secara langsung pada kulit anda adalah tidak digalakkan.
- Adakah ia selamat digunakan untuk rumah sekiranya terdapat bayi dan kanak-kanak?
Ya, ianya selamat digunakan sebagai pembasmi kuman apabila membersih dan membasmi kuman di rumah yang mempunyai bayi dan kanak-kanak.
Walau bagaimanapun, kerana ZAZACORONA adalah pembasmi kuman dengan cara sentuhan dan tidak dimaksudkan untuk ditelan, kami menyarankan agar semua permukaan yang disapu dengan ZAZACORONA dibiarkan kering terlebih dahulu.
- Bolehkah saya gunakan pada permukaan seperti logam, kulit, kaca, plastik, kayu dan lain-lain?
Ya, kepekatan ZAZARONONA tidak menghakis, tidak beracun dan tidak meninggalkan kesan kotor. Ia juga selamat digunakan pada semua permukaan termasuk logam, kulit, kaca, plastik, kayu, aluminium dan lain-lain lagi.
- Bolehkah saya gunakan pembasmi kuman ini untuk kereta saya?
Ya, ZAZACORONA boleh digunakan untuk membasmi kuman bahagian luar dan dalam kereta terutama tertumpu pada pemegang pintu kereta juga pada roda stereng.
- Bolehkah saya gunakan ZAZACORONA untuk mengemop lantai?
Ya. Pembasmi kuman kami boleh digunakan semasa mengemop lantai dan ia tidak perlu dicairkan sebelum digunakan.
- Apakah jenis botol penyembur yang patut saya gunakan untuk ZAZACORONA?
Kami sarankan menggunakan botol penyembur plastik HDPE untuk mengisi semula ZAZACORONA.
- Setelah ZAZACORONA digunakan pada permukaan, berapa kerapkah anda perlu gunakan produk ini semula?
Untuk penggunaan di rumah, produk ini berkesan pada permukaan yang digunakan selama 5 - 7 hari. Sekiranya permukaan yang dirawat sering tercemar, disarankan untuk menggunakan semula setiap hari.
Di tempat awam dan perindustrian di mana terdapat lalu lintas orang awam yang tinggi, produk harus digunakan selang 12 jam.
- Berapa lamakah jangka hayat bagi ZAZACORONA?
24 bulan.
- Adakah ia selamat untuk barang-barang dalam rumah dengan haiwan peliharaan?
Ya. Walau bagaimanapun, jangan gunakan produk ini terus pada haiwan peliharaan dan jangan biarkan haiwan peliharaan menelan atau menjilat permukaan yang telah disembur.
- Berapa luas ruang yang boleh digunakan bagi 1 liter ? (Untuk mengemop dan mengelap)
Secara kasar, satu (1 liter) ZAZACORONA dapat digunakan 10 hingga 15 meter persegi atau 100 kaki persegi.
- Adakah ia tidak berbau?
Permukaan yang digunakan akan mempunyai bau limau.
- Apakah penggunaan semula ZAZACORONA yang disyorkan?
Kekerapan penggunaan bergantung kepada lalu lintas manusia yang diterima oleh sesebuah kawasan. Sebagai contoh, hospital atau kemudahan penjagaan kesihatan mungkin memerlukan penggunaan semula setiap jam atau selepas konsultasi pesakit. Secara amnya, penggunaan semula ZAZACORONA boleh dilakukan setiap 12 hingga 14 jam sekali.
- Boleh saya sembur ZAZACORONA?
Ya, anda boleh sembur ZAZACORONA dengan menggunakan kepala penyembur yang terpasang pada botol ZAZACORONA 500ml, dengan menggunakan alat penyembur galas, atau dengan menggunakan penyembur kuasa tinggi.
- Bolehkah saya gunakan ZAZACORONA sebagai semburan kabus sejuk atau termal?
Tidak, ia tidak boleh digunakan sebagai semburan kabus sejuk atau termal.